Sembang kosong dengan Baharum.
Aku ketemu Baharum ketika minum pukul sepuluh pagi. Walaupun tempat kerja dan pejabat kami sama namun agak sukar untuk bertemu dgnnya kerana beliau sering ke luar negeri atas urusan syarikat. Semenjak dipilih sebagai seorang yang akan menilai teknologi yg sesuai digunapakai oleh syarikat kami, beliau sering berada di Eropah, China dan Amerika, walaupun kami sepejabat tetapi selalunya hanya dapat bertanya kabar melalui email.
Dulu aku ada sesekali bersama beliau ke Quangzhou tetapi berpergian jauh sebegitu bukanlah lagi sesuatu yg aku sukai. Aku tidak mahu kehilangan rutin. Bangun pagi dan bersolat dgn selesa. Ke tempat kerja. Balik sekitar jam 4. Menukar pakaian jogging dan berlari lari anak ke hutan kecil berhampiran rumah ku. Hutan kecil itu mempunyai banyak denai denai dan lorong yang redup. Di satu bahagian puncak bukit hutan kecil itu akan ada pemandangan yang di sempadani horizon. Dari jauh crane crane yg terjongket di sekitar Nortport, West Port dan KCT bagai kelihatan pagar pagar di kaki langit. Datang ke hutan kecil ini, berjalan dan berlari lari anak adalah masa yang sangat penting bagiku kerana aku benar benar terasa bersendirian, berseorangan dan kalau adapun yang lain cuma sesekali para pejogging yang berselisih dan burung burung yang melompat dari ranting ke ranting.
Kami ( aku dan Baharum ) pagi itu berseloroh tentang jam 'rolex'yg di pakainya. Dia membelinya dengan harga RM 25 sahaja tetapi kelihatan begitu menawan. Baharum bercerita bila saja dia tidak keluar negeri, beliau akan berusha untuk bersembahyang berjemaah di surau taman perumahannya, menghadiri apa apa program seperti sirah nabi, tajwid, sunnah, taklim atau apa2 saja. Tetapi katanya lagi, golongan yg hadir cuma muka2 itu saja, maksudnya yang tua sekitar umur 45 ke atas, golongan2 muda entah kemana hilangnya, kalau adapun cuma sebilangan kanak2 kecil yg bergurau di halaman surau. Keadaan itu bukan saja berlaku di taman perumahannya saja malah di Taman x, di Taman Z, di Taman K, di Taman C, di Kg J, di Kg T, di daerah N, di daerah Y, di negeri P, di negeri F, di...di...di...
Para remaja dan orang muda nampaknya terus terasing dari surau dan masjid. Para ayah dan ibu telah membawa satu kotak yang berukuran 29 inci ke ruang tamu rumah mereka. Di kotak itu di masukkan barangkali seratus channel untuk menjadikan anak anak mereka mempunyai banyak pilihan untuk menjadi apa. Baharum memberitahuku "anak2 itu tidak perlu lagi untuk ke disko atau ke concert untuk meniru pakaian pakaian atau perangai perangai terkini, mereka di sogok kan terus ke dalam rumah...mudah bukan?". Untuk menambah lukaparah tersebut, syarikat2 kafir dan islam yang mahu keuntungan berbiliun biliun ringgit itu terus memberikan rancangan2 yang sensasi, penyanyi2 baru yang muda muda, yang berpakaian seperti mahu bertelanjang, yang cantik cantik, yang mengoda, di tonjolkan untuk di pilih, untuk di undi, untuk dijeritkan, untuk digilabayangkan, undi dijadikan idola hidup dan untuk dijadikan nabi ( kalau boleh ) yang mana segala sunnahnya akan diikut.
Maka surau menjadi sepi. Longlai.
Baharum merapatkan mukanya ke mukaku seraya membisikkan . "ini hadhari lope!".
Aku tersenyum. Nescafe pagi ini menjadi begitu pahit.
Lusa Baharum akan ke Canada dan aku akan kembali kepada denai denai redup di hutan kecil berhampiran rumahku. Dan barangkali yang akan aku fikirkan bila bersendirian begitu termasuklah isu perbualan kami pagi tadi.
Kemudian tiba tiba aku teringat pada Keng dan Rampai.
8 Comments:
Ya Lope, saya hadhir.
Itu kotak ajaib Lope. Kerana kotak tu lah Mawi jadi kaya raya. Ada bilal masjid yang meninggalkan masjid dan menjadi 'pengisi' kotak tu pun dah (mungkin) senang lenang.
Dan manfaatkan sebaiknya kawasan sekitar denai denai tu, kerana mungkin tahun depan dah tak ada kerana naik kondo.
Sewaktu berjogging, awasi anjing Mr. Tow.
Itu sekarang. Cuba bayangkan 10, 20 tahun akan datang...? Doakan agar nanti surau tidak akan tinggal nama ataupun jadi warisan seperti muzium....
keng,
denai itu akan kami pertahankan keng, walaupun dengan tetesan darah kami..:)
hahaha...anjing Mr Tow.
black,
aku ngeri black, membayangkannya...orang hanya akan menyebut senibinanya yg indah..
Salam.
Ada masa luang, ya saya senang saja siar-siaran di sini.
Gaya hidup sihat - berjogging juga berblogging :)
sekarang, ramai yg berjogging dgn mp3 dlm lubang telinga. mungkin mereka dengar tazkirah ust ismail kamus atau motivasi dr fadhilah kamsah.
wow..aku rindukan denai. dan juga burung yang melompat dari dahan ke dahan.
aku rindu tupai juga. yg tidak jemu-jemu menebuk kelapa.
rampai ,
aku dah memberitahu pak guard jika ada orang yg bernama rampai datang, bentangkan permaidani merah :)
zizie,
aku juga rindukan kebun getah, menyepak daun2 kering dan melihat kg seberang dari atas bukit.
Waduh, terima kasih. Dan saya bawa sejambak bunga buat loppiess, bukan aiskrim :)
Salam.
Lope, Baharom masih di Kanada ke? Blog masih tak update!
Post a Comment
<< Home