Monday, March 27, 2006

Kampung Indah 3

Hoi babi!!, sekonyong konyong budak hitam bertubuh kurus itu lari menyusup antara lecak dan parit berair hitam likat. Kakinya bagai tidak menyentuh tanah dan kemudian hilang dicelah celah belok selekoh deretan rumah rumah setinggan Kg Indah. Leman Gomok keluar sambil mengulung lipat kain pelikatnya ke atas.."siapa babi Long?". "Ada orang mengintai anak aku Si Tipah".

Memang berhak Long Kadir marah. Tipah mengadu terasa bagai ada orang disebalik zink bilik air mereka ketika dia sedang mandi. Memang dari dulu dia terdengar ada riak riak bunyi tetapi dia anggap hanya kucing mengawan saja tetapi bunyi itu berulang. Dia berfikir takkan kucing asyik mengawan je...?. Maka pagi ini sahlah ada lembaga mengintai di celah celah zink tersebut. Long Kadir mengacung acungkan parangnya ke udara. Mata Leman Gomok berkelip kelip bagai parang tersebut singgah ke kepalanya saja.

Si Tipah memang ayu. Putih dan rambutnya dilepaskan hingga ke paras bawah dada. Dua tiga sudah masuk meminang tapi Long tidak izinkan. Kalau setakat Kerani rendah am atau tukang gred 2 atau pemilih surat di pusat mel, tidak usahlah berangan. Kata long "Bukan mahu jual anak, tapi tengoklah sendiri..kalau cekodok bilis Mak Som pun dah jadi 40 sen seketul, nak bagi makan apa pada anak aku kalau gaji RM 577.38 sen bersih?".

Ketika Mak Som menutup warungnya dengan menyusun semula papan papan sekeping sekeping yang bertulis 1.2.3.4.....lagu Nasier Wahab mendayu dayu dari dapur rumah Long. Tipah termenung di tingkap sambil matanya membilang seketul seketul awan yang berarak.

6 Comments:

At 6:17 PM, Blogger 1 said...

Ketika aku baca entri ini, aku sedar kau memang suka buku Shahnon Ahmad. (:

Aku pun

 
At 8:30 PM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam.
Saya risau mungkin ada orang menyamar sebagai orang kaya itu dan ini datang melamar kemudian tidak lama selepas itu berkumandang lagu Tipah Tertipu dari dapur rumah Long ...

 
At 2:56 PM, Blogger Ku Keng said...

Ya, kenapa Tipah tak bertemu dengan M Nasir dan masuk AF? Mungkin akan jadi masyhur Kg Indah tu, dan akan bertambah.

 
At 8:13 PM, Blogger loppiess said...

jim,
aku jatuh cinta semenjak kenal Lahuma. Shahnon sangat specific, detail dan dia marhaen yang prihatin.

bunga,
aku akan mengingatkan Long yang duit dan kekayaan hanya daki dunia..;)

keng,
engkau peminat Mawi juga ke?

 
At 11:16 PM, Blogger Ku Keng said...

Lope,
Tak. Teringat akan akar kata MARAHEN. Sebenarnya Sukarno menipu rakyat dengan ungkapan itu. Dalam usaha beliau untuk menyibarkan sosialism merah, beliau telah menggabungkan nama-nama MARX, HEGEL dan ENGEL, nabi-nabi komunisma. Jadi rakyat Marhaen mestilah berdikari dan berkomuniti.

 
At 11:11 PM, Blogger Sayuti said...

mentaliti Long Kadir perlu ditukar. sampai bila dia mahu Tipah terus dihendap begitu. suruhlah Tipah menjaga auratnya. dan nikahkanlah Tipah kepada yang punya pegangan agama yang tinggi. bukan yang bergaji besar.

 

Post a Comment

<< Home