Sunday, April 23, 2006

berita berita semasa.

1. AlFatihah buat Tun Ghaffar Baba.

2. Berita baik buat marhaen : kadar inflasi di ramal mengembang sehingga 4.8%, kepada Busu Manap, Kak Jem dan Jalal Posmen Tua, kalau gaji anda naik 3% tahun ini makanya anda semakin hari semakin miskin. Cepat buat MLM. Jual susu ECG ke seperti orang dok heboh la ni..:)

3. Lawo pulak akak akak polis pakai uniform baru. Tahniah pada Bakri.

4. Atok aku yg bernama Mahat ( bekas imam ) kata beliau punya "moral duty" untuk melaporkan khabar angin Mek berkhalwat. Kemudian orang pakat pakat "tangkap basah" mek. Kemudian memang tak ada jantan yg bersekedudukan dgn mek. Sah. Tapi atok aku tetap juga dok habaq mai Mek berkhalwat. entah....sewel betul.

5. Kepada Keng : kemek sukak manok masak merah...:) ( manok yg sihat dan tidak berselsema).

6. Ada budak budak yg menangis kerana bapa mereka di ambil orang. Orang tu kata bapa budak budak tu jahat tapi tak buktikan pulak di mahkamah. Kesian aku kat budak budak tu. Sob sob sob, kalaulah ayah aku di ambil orang sebegitu....sob sob sob.

7. Kepada Sayuti : Tadi aku lalu kat simpang tu, budak budak lelaki perempuan duduk ramai ramai atas skuter, mereka hisap rokok dan bertepuk tampar macam muhrim je...aku fikir, mak bapak diaorang tak marah ke?, macamana nak buat ni Yut?

8. Ehh korang dok lepak2 baca blog ni.....income tax dah hantar? aku belommmm.


p/s: aku nak tengok2 borang LHDN ni dulu.

5 Comments:

At 3:11 AM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Borang EA aku entah mana hilangnya...
hehehe

 
At 3:36 AM, Blogger Sayuti said...

yang nombor tujuh itu.

entahlah.

mungkin perlu ditepuk tampar oleh mak bapak masing2 agaknya. atau, mak bapak mereka perlu ditepuk tampar oleh kita.

entahlah.

saya lebih risau bagaimana untuk mengelakkan adik2 dan bakal anak2 saya nanti untuk tidak berkelakuan sedemikian.

entahlah.

mungkin kita boleh join sekali bertepuk tampar. tepuk tampar dengan kuat.

 
At 10:39 AM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam. Berita semasa tentang Kg. Indah belum ada? :)

 
At 3:38 PM, Blogger Ku Keng said...

Lope, susah betul nak masuk ke Komen. Blog server kebelakangan ni agaknya terlalu sibuk.

Manok masak merah memang sedap, tapi makan manok kampung perlukan mamahan yang kuat dan lama kerana kekerasan daging. Ya manok Kg. Indah apa kurangnya?

 
At 5:21 PM, Blogger loppiess said...

black,
hahaha..cari cari cepat.

Yut,
bukan tepuk tampar mak bapak mereka, bagi penampau terus :)

Bunga,
notis kelapan telah diberikan kepada mereka supaya berpindah, dengar cerita flat kos rendah sudah siap menanti, mereka pulak tidak berganjak dari keputusan mesyuarat PMA dulu..aku pun resah juga sekarang ni Bunga..:)

Keng,
manok kampung yg kaki kuning tu dengar cerita bagus, boleh buat ubat, RM 14/kg. Manok kg indah pula tengah dok risau :)

 

Post a Comment

<< Home