Wednesday, June 21, 2006

Keliru

Mak Lang yang akan menerima umur ke 40 tahunnya pada bulan depan sudah mewarnakan rambutnya menjadi merah. Kenapa Mak Lang warnakan rambut tu?, kita harus mengalahkan masa yang berlari mengekori kita Lope!. Ada perlumbaan ke Mak Lang?, Ya, kita berlumba dengan masa yang mahukan kita mengalah dan menerima hakikat!. Apakah salah untuk menerima hakikat itu Mak Lang?, Ya, salah!, kita harus hidup dalam dunia yang kita ciptakan dan gembira dengannya.

Hmmm..terlalu mudah menjadi keliru. Mak Lang mengatakan aku yang keliru. Aku mengatakan yang keliru ialah bukan aku tetapi nafsu dan kemahuan kita.

demikianlah.

3 Comments:

At 7:56 AM, Blogger Ku Keng said...

Merah.

Isyarat untuk berhenti. Memang wajar Mak Lang mewarnakan rambutnya sebegitu kerana masa pasti akan berhenti.

Dan keliru.

 
At 6:08 PM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam.

Saya kira kita harus berusaha untuk mengalahkan waktu. Biarlah kita menjadi tuan kepada waktu, bukan hamba kepada waktu. Dan dalam menjadi tuan kepada waktu, biarlah segala tindakan kita dalam kesederhanaan.

Setuju dengan Mak Lang. Kita harus gembira dalam dunia yang kita cipta.

Yang menjadi keliru ialah dunia bagaimanakah yang kita cipta, untuk apa dan untuk siapa.


Merah itu garang.

p/s dah tengok pameran lukisan Latif Maulan?

 
At 12:16 AM, Blogger loppiess said...

keng,
hahaha, ramai manusia melanggar lampu isyarat.

rampai,
betul saja cakap anda, saya yg pada mulanya konfius mula bersetuju.

 

Post a Comment

<< Home