Thursday, April 27, 2006

Kampung Indah - Episod air mata Kudus

Notis di mana mana. Di pokok rambai sebelah surau. Di dinding surau. Di tiang letrik. Di dinding jamban Wak Karno. Di dinding balairaya usang. Di dinding dapur warung Mak Som.

"gila, kalau boleh ditampalkannya ke dahi aku ni, mau ditampalnya, tapi langkah mayat aku dulu". Kata Tapa Lempeng sambil meneguk tea tarik di warung Mak Som pagi itu. Matahari bangun dengan cerianya, seperti biasa pantul sinar dinding KLCC nun sayup sayup jatuh ke deretan atap atap zink usang rumah penduduk Kampung Indah. Embun di hujung rumput perlahan lahan melerai. Tipikal pagi di Kg Melayu kelas bawah berulang dan kembali hidup dengan bunyi letus enjin motosikal Yamaha..pet..pet..pet..pet Kulub Hussien hilang di telan jalan besar depan surau.

Ini notis suruh pindah ke lapan penguasa kepada penduduk Kg Indah. Setiap nama yg tersenarai ( hasil banci penduduk 2001 ) berhak menerima RM 800, membeli rumah flat kos rendah Lembah Ketubi dengan potongan harga RM 6000 dan lori pindah percuma.

"Apa lagi mahu kamu semua ini Kudus?"soal YB Tukimin kepada Kudus lewat perjumpaan mereka di tingkat 18, Wisma Datuk Giladuit beberapa hari lalu. "kamu tahu kan negeri mahu setinggan sifar..sifar bermakna kosong Kudus, takdak lagi dah rumah2 buruk dan compak campeng, semua mahu cantik, tersusun, bersih, tolong Kudus bagaitau semua orang Kg Indah".

Weng..weng..weng putaran kata kata YB Tukimin berdesing desing ke telinga Kudus,..rumah2 buruk..compak campeng..kotor..hitam..memalukan...di dalam lift untuk turun dari tingkat 18 Wisma Datuk Giladuit airmata Kudus tidak dapat ditahan tahan..dari meleleh sahaja sekarang sudah menjurai. Jatuh hingga ke lantai Lift..puluhan tahun menyokong PMA untuk sehelai surat bernama geran tanah namun hampa..malah dikata bermacam macam pula, busuk, buruk, kotor...airmata Kudus terus turun kini bagai lelehan dari pancuran atap ketika musim hujan bulan duabelas. Keluar dari lift semua orang sudah kelihatan amat asing, bagai dirinya sahaja berjalan, dikiri kanan alam terbius. Pijar matahari tengahari bulan January itu bagai ketawa berdekah dekah..hahahahaha..Kudus..hahahahaha..Kudus.

Kudus menyarung helmetnya tergesa gesa, motornya tersendut sendut memacu keluar dari Jalan Ah Teng. Ketika itu juga sebuah lori cement yang rosak breknya meluru ke arah Kudus..Kudus...............


:).....apakah yg akan terjadi kepada Kudus? ikuti paparanya pada minggu hadapan.


p/s : Bunga Rampai, jangan marah ye.

11 Comments:

At 2:08 AM, Blogger takdenama said...

terimakasih datang ke blog saya. saya pulak dah lama tak baca tulisan bro loppies, last sekali, blog bro kat danchan lagi.

 
At 8:34 AM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam. Bukan main tekun menghayati. Tup,tup...eh? Aiseyman...tak apa, walau kecewa tapi tidak marah. Sabar menanti. Tapi penantian itu satu penyiksaan. Alahai.

 
At 9:33 AM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ceritera yang bersahaja. Sebenarnya aku tertarik dengan watak-watak wak karno dan YB Tukimin...

hehehe...

 
At 5:25 PM, Blogger Ku Keng said...

Kalu mau negara maju, perlulah kepada pengorbanan. Kuduskah? Kalau cerita Hindustan, tak akan berakhir seperti andaian yang mungkin bermain dalam kepala kita.

 
At 10:02 PM, Blogger kunci hilang said...

aha.. tapa lempeng masih wujud ya.
bagus.. bagus. :)

 
At 9:14 AM, Blogger FaEzHussain said...

salam.
saya membaca komen anda dari blog amir azmi.
anda mengatakan darihal burney di tasmania.
saya juga di sana, selama 7 tahun.
keindahan hobart masih lagi segar dalam ingatan.

 
At 6:19 PM, Blogger loppiess said...

takdenama,
sudah begitu lama, ketika itu Anwar masih di dalam cell..:), danchan masih beroperasi.

bunga,
tunggu episod akan dtg. Petikan " Pak Kudus, nampak macam banyak lori di depan surau!"...:)

Black,
cerita orang banyak.

Bro. Keng,
Hahaha..Kalau Hindustan..tiga kali azan tak habis jugak..saya tak tengok...dulu masa kecik2 tengok cerita bobby je..nangis Keng, kesian kat gajah tu..:)

Kunci,
Tapa Lempeng tetap hidup, kalau pun bukan jasadnya tapi semangatnya..ceewahh.

Dr Faez,
Saya dulu selalu ke Burney, Georgetown, Hobart, memancing, jungle trekking,...ohh bumi Tuhan disana sungguh indah. Masih ada kawan disana...tunggu Air Asia sampai sana, baru cadang nak pergi..:)

 
At 10:52 PM, Blogger NATO said...

alahai suspennye cite kau ni loppies! tapi kak kay rasa kan kudus mesti sempat ngelak..sbb dia ada perjuangan yg masih blm selesai..

 
At 7:56 AM, Blogger Sayuti said...

sudah minggu hadapan. mana sambungannya?

 
At 2:01 PM, Blogger thoyol said...

lambatnya sambungan.
aku kenal yb tukimin tue.
saudara aku.
saudara islam..

 
At 7:25 PM, Blogger loppiess said...

Kak Kay,
kakak seorang peramal politik yg baik..macam SH AlAtas gitu..:)

Yut,
ok yut ok..lepas nii

Tho,
YB tho..mestilah populer, kita kenal diaorang, diaorang tak kenal kita...psst, dapatkah projek buat pagar sekolah tu? :)

 

Post a Comment

<< Home