Sunday, April 02, 2006

sahabatku uipts menulis...

salam loppies,

dengan beberapa hambatan yang ada, aku tidak mampu mencoret seperti dulu lagi. Walaupun sering rasa bermacam-macam perkara yang mahu di turunkan, dikeluarkan dari dalam kepala.

aku gembira kawan2 yang masih mampu bertahan untuk terus mencatit segala detik perjalanan waktu yang tentunya adalah rakaman masa, rakaman perjalanan umat kita, rakaman sekelompok generasi yang melihat perlu pentingnya catatan waktu itu disebut, dinyatakan.

Biar catatan waktu itu adalah catatan umat kita dan bangsa kita.

Sedang aku masih berada di kalangan bangsa eropah dan inggeris, jika mahu dibandingkan dengan segala macam bahan yang terbit dari tulisan2 mereka, memang mereka jauh lebih banyak.

Tetapi kitapun banyak. Dan kitalah yang harus mendukung untuk menyuburkan seberapa banyak bahan dalam bahasa kita untuk boleh dibaca oleh bangsa kita.

Kita kene menyakinkan bangsa kita, kita tidak perlu kagum dengan bangsa eropah lain, dengan bahasa mereka, kerana bangsa kita, bahasa kita juga mampu untuk disuburkan.

Penerbitan dalam bahasa kitapun juga hebat. Kita tidak perlu rasa rendah diri. Seolah bila kita menulis dalam bahasa kita, bahan tersebut menjadi bahan dan tulisan kelas dua. Bila menulis dalam bahasa inggeris atau bahan tulisan dalam bahasa inggeris ia kononnya tulisan kelas satu.

Itu semua tidak betul.

Itu hanya lahir dari rasa jiwa hamba bangsa kita.

Itu lahir dari rasa kerdilnya kita dan sikap-sikap tidak berani, malu melampau, sengaja meletakkan diri dan bangsa dalam kelas rendah, dan disamping segolongan elit dari bangsa kita yang tidak sedar diri dan cuba menindas kaum mereka sendiri yang berada dikampung.

Kitalah yang harus terus menerus menyemarakkan api kekuatan semangat bangsa kita untuk yakin dengan keupayaan kita. Keyakinan bahasa kita mampu untuk berada dimana-mana, digunakan dimana-mana dan untuk kegunaan dalam kelas setinggi manapun.

Loppies,

aku tahu catitan engkau sangat kuat untuk menimbulkan detik-detik peristiwa perjalanan kelas menengah bangsa kita. Sepanjang yang aku kenal tulisan engkau, engkau tidak melatarkan tulisan engkau dari kelas atasan bangsawan yang lupa sejarah bangsa mereka.

aku tahu watak-watak seperti Busu Manap, Mak Som, Kulub Hussien adalah contoh watak-watak bangsa melayu kita yang sangat mengakar dikampung2 dan sangat tinggi nilai2 ketimuran kita.

Tetapi tidak kurang dari sekelompok dari bangsa kita yang cuba memandang Busu Manap, Mak Som dan Kulub HUssien yang mempunyai ketinggian budi pekerti itu adalah kelas kedua dari bangsa kita. Mereka sengaja menjaja dan menonjolkan watak Erra, Natasha dan Sam adalah kelompok kelas satu yang berlatarkan bangsar, damansara dan klcc.

Tetapi jajaan mereka dan penonjolan mereka terus-terusan dalam media akhirnya mengabui pandangan umum bahawa latar Busu Manap, Mak Som dan Kulub Hussien adalah latar kelas kedua yang ketinggalan, rendah dan tidak bernilai dan kononnya latar Erra, Natasha, Sam, bangsar dan damansara adalah kelas atas dan mesti tinggi.

Kita harus terus melawan konsep ini dan kita mesti mempamirkan kekuatan, kemulian dan kemurnian latar2 melayu sebenar dan mempamerkan kepura-puraan latar mereka.

Kita mesti berani dan tidak malu untuk terus dengan identiti dan latar kita.

152850 | posted by uipts on March 29, 2006 at 2:08

5 Comments:

At 10:53 PM, Blogger Sayuti said...

peribadi yang berakar di kampung membuahkan pekerti yang tinggi, jika ilmu dan pemikiran berkembang seluas langit yang meliputi kampung, kota dan bandaraya. jangan peribadi berakar di kampung tetapi pemikiran sekadar mencecah dedahan pohon kemelayuan.

pesan saya, jauhi prasangka dan berikhtiar untuk berubah ke arah yang lebih baik.

 
At 12:11 AM, Blogger loppiess said...

yut..kau segak dan comel :)

 
At 1:02 AM, Blogger Ku Keng said...

Tak sangka Yut, anak Kampung Indah begitu indah, segak dan bergaya. Macam hakim, Yut. Ada gaya. Sekali imbas, mengingatkan saya kepada Allahyarham Aminuddin Baki; gaya berdirinya dan keseriosan air muka.

 
At 8:14 AM, Blogger kunci hilang said...

bahasa itu indah.
Betul, jauhi sikap prejudis di kalangan org kita.

 
At 12:20 AM, Blogger abdullahjones said...

uipts. saya masih tertanya-tanya mengapa kamu berhenti menulis dan langsung tidak membalas email saya.

 

Post a Comment

<< Home