Monday, April 03, 2006

Kampung Indah - Episod mesyuarat Partai Melayu Abid.

Partai Melayu Abid ( PMA ) cap taming sari mengadakan mesyuarat agong cawangan Kg Indah jam 8:30 mlm. Hujan rintik rintik setitik setitik jatuh berbunyi tang..tang..tang ke atap zink balairaya yang uzur itu ketika Kudus memulakan mesyuarat. Hadir seramai 21 orang. Mat Noh tak hadir kerana balik Kuala Besut, iparnya menyahut panggilan Ilahi. Busu Manap juga tidak datang kerena bekerja shift malam. Sukiman tiada berita. Malik tiada berita. Total tidak hadir seramai 13 orang. Yang lain lain penduduk tidak hadir ialah penganut Partai Bulan Di Awangan ( PBD ). Itu tak masuk kira.

Ketika Kudus ingin membacakan semula minit mesyuarat dulu tiba tiba Tapa Lempeng bersuara "kami tak setuju harga minyak naik tiga kupang!". "Belum lagi Tapa!, kau tak puas hati pun, tunggu dulu". Kata Kudus menjerkah. Long Kadir menahan gelaknya sambil mengetip gigi kapak tunggalnya rapat ke bibir. Leman Gomok jiran si Long juga terhenjut henjut memegang perut, dia memang menjangkakan Tapa Lempeng akan menjadikan mesyuarat ini tegang, itulah yg selalu terjadi.

Kudus telah 12 tahun memegang jawatan ketua cawangan. Setiap kali raya dia akan menerima kad ucap selamat dari YB Tukimin, Menteri Besar. Beliau mamasukkan ke frame dan diletakkan di ruang tamu bersebelahan dengan gambar anaknya Danial Nordadameah Iskandar ketika menerima skroll di Konvo IKM melaka lama dulu. Danial Nordadameah Iskandar juga adalah pelajar tercerdik Kg Indah yang pernah tercatat sebelum anak Hj Norhan membuat diploma pengurusan pejabat di Kolej Lutsinar di Kuantan.

Mesyuarat di teruskan. Agenda utama yg harus di tekunkan ialah menuntut hakmilik lot. Hj Norhan saja sudah duduk di Kg Indah ini hampir 53 tahun. Samada tanah, longkang, pokok atau langit Kg Indah ini sudah kenal Hj Norhan. Peluh yang menitik ke tanah sudah jadi baja. Dulu Hj norhan membuka Kg Indah dengan Lebai Mat Diah, Maámor, Hj Maarom dan ramai lagi, menumbangkan pokok menjulang awan, meratakan banir, Mat Shah hingga mati mengidap sakit di sembur tedung.

Siapa sangka setelah 50 tahun, Kg Indah ini telah duduk di tepi kota besar, semua orang melihat dengan mata galak setiap inci Kg Indah ini. Nafsu serakah yang menyala meruap ruap. Orang kaya dan ahli politik berkira kira dengan conggak keuntungan. Lambat laun kegusaran Mak Som, Tapa, Sukiman akan menjadi nyatakah?

Tiba tiba Long Kadir menyerkah.."selagi hidup orang yang bernama Kadir ini, akan ku pertahankan hingga ke te..tes..san (titisan) darah terakhirku!". Sekali lagi mesyuarat terdiam sebentar. Leman Gomok kembali memegang perutnya menahan ketawa. Memang, Kg Indah ini penuh pahlawan pahlawan yg hebat hebat belaka.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12:28 malam. Mesyuarat bersetuju jika mana mana bulldozer masuk dari jalan besar depan surau, Tapa Lempeng adalah benteng yg pertama yang tidur terlentang di tengah jalan. Long Kadir orang kedua. Jalal orang ketiga, kemudian Mahmud, Mail Dubun, Jali Tipah,..lagi..lagi..lagi...

Sebelum bersurai Mak Som sempat membisikkan ke telinga Tipah Lawa, "ini perang suci Tipah!".

13 Comments:

At 8:33 PM, Blogger Ku Keng said...

Ini bahaya Lope. Sebelum berlaku wajarlah Mak Som kutip segala hutang yang belum terlangsai. Dan Tipah, ya Tipah, harus dicarikan suami segera.

Dan kemudianya, akan terpampang papan tanda "INDAH HEIGHTS".

 
At 5:09 AM, Blogger Sayuti said...

saya juga menahan gelak seperti Long Kadir dan Leman Gomok sepanjang membaca cerita ini, mulai dari ayat yang pertama.

menarik!

 
At 10:00 AM, Blogger abdullahjones said...

best lope. kolej lutsinar?

 
At 9:20 PM, Blogger zizie ali said...

hidup tapa lempeng!!!!
(engku mustaffa kamal bin engku wok zin?)

 
At 4:01 PM, Blogger loppiess said...

keng,
jgn terlalu risau keng, ada org yang memantau simpang masuk depan surau.

Yut,
akan dtg : episode mesyuarat Partai Bulan Di Awangan pula.

Jones,
wahh..peka betul en jones dgn Kuantan..hahaha.

zizie,
nama sebenar tapa lempeng ialah Sheik Muzaphar...macam nama angkasawan lah pulak ( kalau tapa tahu, dia marah aku ).

 
At 10:16 AM, Blogger kunci hilang said...

Apapun, Tipah Lawa memang lawa.

Menarik nama-nama gelaran ahli PMA ni.

:)

 
At 7:36 PM, Blogger Yeop-Harley said...

Lagu tiga kupang..lagi:-D

 
At 9:32 AM, Blogger loppiess said...

kunci,
nama dolu dolu cantik semua.

yeop,
maklumlah lagu populer.

 
At 12:05 AM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

YB Tukimin, MB? orang jawa?

 
At 12:10 PM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam.
:))
Nak tunggu episod akan datang.

 
At 4:22 AM, Blogger loppiess said...

black,

ya Jawa. Jarang org Kelantan nama Tukimin. :)

Bunga,

sat aku tulih.

 
At 6:48 PM, Blogger OP Zaharin said...

suh tapa panggil tibi. mengadu kat tibi.

 
At 12:45 AM, Blogger loppiess said...

Op, aku dah masuk ke fotopages kau..ohh alahai, maksud aku gambar beruk tu handsome sangat.

 

Post a Comment

<< Home