Sunday, February 05, 2006

Berubah

Cerita ini aku tulis semula dari kisah kisah yang datang ke pintu kalbu ku. Kemudian kerana atas adanya nilai yang di bawa, aku menuliskan semula di sini guna untuk mengingatkan aku dan kamu kamu juga yang datang ke "di sini Loppiess". Ada pun penghikayat cerita ini tidak dapatlah aku kesan kerana seperti yang terjadi, cerita ini di bawa angin dari mulut ke mulut hingga pada suatu hari sampailah ia ke kalbuku yang kemudian aku simpan kejap dan utuh. Aku menceritakan semula cerita ini mengikut versi aku sendiri.

Beginilah cerita tersebut:

Pada suatu hari yang cerah aku telah ketemu seorang lelaki di pintu sebuah surau yang begitu kurang jemaahnya. Selepas zohor kami duduk di birai tangga yang di depannya sawah luas terbentang. Lelaki yang berumur itu bertanya padaku, " apakah kamu mengetahui bagaimana seekor udang galah tumbuh dan membesar sedangkan ianya mempunyai kulit cengkerang yang keras?". Aku tidak dapat menjawapnya kerana ia tidak pernah terlintas di dalam pemikiran ku. Bagaimana mungkin seekor udang galah boleh membesar di dalam cengkeramnya yang keras kerana cengkerang itu tidak hidup seperti tubuh udang itu sendiri. Lalu bagaimanakah caranya mereka membesar?.

Satu-satunya cara, menurut penjelasan lelaki tersebut bagi seekor udang Galah untuk tumbuh adalah dengan melepaskan kulitnya dalam masa tertentu. Ketika tubuhnya mulai dirasakan sesak berada dalam cengkerangnya, kerana pertumbuhan tubuh mereka, udang galah tersebut berusaha untuk mencari daerah yang dianggapnya aman untuk beristirehat. Kemudian baru mereka melepas kulit atau cengkerangnya, lalu lapisan merah muda yang berada di dalam ccengkerang yang lama akan tumbuh kemudian mengeras sampai pada ukuran yang lebih selesa bagi mereka. Namun dalam proses tersebut sebelum cengkerang yang baru terbentuk, mereka berada dalam risiko yang luar biasa. Kerana tanpa cengkerang tersebut, tubuhnya sangat lemah dari serangan luar, sehingga mereka dapat dengan mudah untuk mati terlempar ke batu-batuan atau dimakan oleh pemangsanya. Dengan kata lain, seekor udang galah mengambil risiko yang sangat besar untuk tumbuh menjadi lebih kuat dan lebih besar.

Terkadang kita juga merasakan hal yang sama "cengkerang" yang kita miliki telah terasa mengongkong. Kita merasa tertekan dan marah kerana hidup ini sudah terasa membosankan dan tidak lagi menghiburkan. Namun seringkali kita menipu diri sendiri dengan mengatakan bahwa kita sudah merasa nyaman dengan keadaan saat ini. Untuk apa lagi berubah ? Cuba fikirkan, risiko kalau kita benar-benar melakukan perubahan. Kita membohongi diri kita dan tetap melakukan hal-hal yang sebenarnya kita benci dan terkongkong dalam cengkerang kita. Sampai akhirnya perubahan tersebut sudah terlambat, baru kita menyedari dan mengatakan "mengapa saya tidak berubah dari dulu......". Sebahagian dari kita sengaja melakukan penipuan tersebut untuk memperolehi keselesaan sementara. Paling tidak kita merasa selesa untuk sementara. Tidak akan terjadi sesuatu pada kita, begitu kita berusaha untuk meyakinkan diri. Sebahagian dari kita lebih beruntung, meskipun kita tahu untuk sementara kita akan kehilangan keselesaan, kita lihat ada bahaya di masa datang, namun kita sedar kita akan mati sesak di masa datang kalau kita tidak berubah. Seperti udang tadi !.

Nah, bagaimanakah dengan diri kita hari ini ..... apakah kita merasa sudah cukup, sudah selesa dengan keadaan sekarang, dan tidak perlu berubah lagi ? Keputusan ada di tangan kita masing-masing. Namun ingatlah, bahwa `rasa penderitaan' di kemudian hari dalam bentuk penyesalan akan jauh lebih sakit dan menyesakkan dada, dibanding dengan ketidakselesaan jika kita berubah hari ini.

Lelaki itu kemudian bangun sambil tersenyum melihat ke dalam mataku. Kemudian dia berjalan menuruni anak tangga, perlahan lahan menapak dan hilang di denai yang di kiri kanan nya penuh rumpun rumpun buluh. Angin dari sawah kemudian menyerbu ke muka ku, aku tersedar. Matahari telah berlindung di balik pohon leban besar. Azan Asar pun melayah bersama pipit uban meneroka bait bait awan.

4 Comments:

At 11:18 AM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam loppiess, perubahan memerlukan pengorbanan. Apa lagi jika menuju kebaikan. Kejujuran pada diri sendiri tunggak utama kekuatan hati. Muhasabah lagi.

 
At 4:12 PM, Blogger Ku Keng said...

Dan bagaimana pula kura-kura dan penyu dan labi-labi yang terperangkap dalam cengkerang yang lebih keras? Tapi cerita tentang udang tu betul Lope. Survival rate anak-anak udang, kalau di sungai terlampau rendah.

Tapi bagi kita kalau fikiran sudah terkongkong akan terus terperangkap dan mengalah. Tidak mau langsung mencari kebebasan seperti udang-udang.

Lope, surau kamu ni agak menarik ya, macam-macam orang ada di sana.

 
At 2:54 PM, Blogger bukh said...

Manusia mungkin tidak sedahsyat udang galah dari segi cabaran hidup. Mati kesesakan dalam cengkerang atau menghadapi risiko tiada pelindung untuk beberapa tempoh. Satu keputusan yang sukar untuk dipilih.

Manusia jauh masih beruntung. Mereka masih boleh berkata " Alaa.. cukupla dengan keadaan yang ada ini.. ala kadar je".. lalu terus bersemadi di takuk itu sampai tua berjanggut.

 
At 7:56 PM, Blogger loppiess said...

bunga, aku setuju .

keng,
1. tengiling juga lebih pupus sekarang.
2. ramai tiada daya juang.
3. macam macam ada, jemaah jalan kaki pun sampai.

Bukhari, betul, ramai suka ala kadar. Ala kadar merupakan alasan utk tidak lebih dari ala kadar.

 

Post a Comment

<< Home