Kampung Indah 1
“ tepung dah naik, Busu. Dulu dapatlah barang seringgit empatpuluhlima sen sekilo. La ni dah seringgit tujuhpuluhlima sen”. Kata Mak som kepada Busu selepas Busu mempersoalkan harga cekodok bilis Mak Som naik empatpuluh sen sebiji daripada dulunya hanya tigapuluh sen.
Bukan saja cekodok bilis, malah karipap sardin dan karipap kentang pun naik. Kuih gulung, pau kaya dan pau kacang, cakui dan juga apam balik juga mencanak naik seperti kote budak nak terkencing. Kalau tak naik harga maka saiznya pula mengecil, kalau dulu seringgit mee hon ready made boleh kenyang hingga pukul duabelas tapi la ni untuk makanan yang sama, belum pukul sepuluh setengah perut dah mula meminta. Kalau tambah sebiji telur rebus barulah boleh tahan menjelang makan tengahari.
“Ubah cara hidup ialah ubah dari kenyang menjadi kebulur” kata Tapa Lempeng. Tapa memang jenis lepas cakap, dia dulu pernah mempertaruhkan telinganya untuk di potong jika kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang. Semua hanya cerita sampah. Najis. Yang pasti ialah Tapa semakin tenat. Kenaikan gaji 2006 yang baru dikecapi bermula bulan tiga ini ialah RM 48.39 sen. Hanya cukup untuk membayar hutang sarapan dan tea petang di warung Mak Som.
Samaada Busu, Tapa atau Mak Som, samada Kiah operator, Pak Agus atau Manap sama saja. Tiga kupang kenaikan minyak jelas semakin mengetatkan lagi jerut ekonomi dileher mereka. Para bijak pandai atau mengaku pandai asyik membaca sajak “ubah cara hidup” di atas pentas yang dulunya dibina atas keringat Tapa dan Busu juga, Pak Agus dan Manap juga, Kiah Operator dan Mak Som juga.
6 Comments:
Di kampung Pak Malau, kami makan pisang bakar atau ubi bakar je. Tak naik harga kerana pisang atau ubi percuma. Di ambil dari dalam semak. Dan kayu api pun percuma. Bakar pulak di pantai. Adoi selesa dan seronoknya. Cuba lah dik bila senang. Lebih sihat dari benda-benda yang digoreng.
mungkin dek kerana tak terjerut itu, mereka leka bahawa sumbangan mereka jugalah yang boleh mengukuhkan nilai mata wang negara.
mungkin juga dek selalu duduk di warong Mak Som membincangkan isu 30 sen itu, mereka terleka selama setengah jam daripada waktu mereka perlu masuk semula ke tempat kerja masing2.
mungkin juga mereka masih teringat2 zaman2 muda kanak2 bila 5 sen boleh mengenyangkan perut selama separuh hari.
mungkin juga mereka tidak tahu tentang makna inflasi.
mungkin...
Ehh, apa kena Yut ni, banyak betul bermungkin-mungkin?
Lope, ni namanya 30 sen sebesar tyre kereta lembu.
pak malau,
indah benor duduk di pantai sambil makan ubi/pisang bakar...aahhh. Berhajat nak join Pak Malau kalau boleh.
sayuti,
eerrr..mungkin yut, mereka memang banyak tak tahu yut..kesian mereka yut. ( p/s : warong mak som adalah parlimen versi Kg Indah).
Keng,
ada menilai sebesar tayar kereta lembu, ada menilai sebesar tayar depan vespa, ada menilai sebesar guli cuma. Namun keng ..isk..isk..isk aku menilai sebesar tayar steam roll waaaaaa!!
Tuan Keng, mungkin saya tak tahu dengan jelas kot.
loppiess, mungkin agaknya.
tapi banyak betul kemungkinan. huhu.saya masih mentah lagi. byk yang perlu saya ambil tahu.
yang tak mungkin ialah mengembalikan masa yang berlalu. mungkinkah?
yut..tak mungkin!
Post a Comment
<< Home